Selasa, 31 Desember 2013

Beberapa Langkah Dapatkan Seks Yang Lebih Baik Tahun Ini

Salam semua,


Mendapatkan kehidupan seks yang lebih baik boleh dilakukan dengan cara-cara konvensional, namun hasilnya akan berkesan jika dilaksanakan secara berkala. Ada tiga langkah yang perlu anda lakukan…




1. Cintai tubuh anda sendiri
Mendapatkan kepuasan seks akan terasa lebih sukar jika yang anda fikirkan hanya lebar pinggang, bentuk punggung atau peha anda yang terlalu besar semasa hubungan intim. Mulai dari sekarang, cubalah untuk mencintai tubuh anda dengan seadanya. Memang tidak mudah, dan amalan biasanya lebih sukar daripada teori. Tapi dengan menanamkan body image yang positif, akan sangat membantu anda dapatkan prestasi seks yang jauh lebih baik.
Semakin anda merasa selesa pada diri sendiri, kepercayaan diri pun semakin meningkat dan hasilnya, prestasi seks juga lebih berkualiti. Perlu diketahui, kepercayaan diri merupakan kunci utama untuk dapat menikmati ketika berhubungan seks. Jadi setiap kali anda merasa tak selesa dengan penampilan tubuh, yakinkah bahawa anda adalah satu dari sekian banyak wanita yang dipilih suami, dan suami mencintai anda apa adanya.
2. Kemukakan apa yang anda Inginkan
Komunikasi adalah kunci untuk mendapatkan kehidupan seks yang membahagiakan. Sebelum mula bercinta, disarankan anda memberitahu pasangan dengan kata-kata apa sebenarnya yang anda mahu. Cara terbaik dan terpantas yang boleh anda lakukan agar suami tahu keinginan anda adalah dengan mengatakan dan menunjukkan pada pasangan.
Komunikasi tentang seks juga perlu dilakukan selepas sesi hubungan badan. Perkara terkini yang anda ingin lakukan setelah puas dengan pasangan sudah pasti bercakap atau membincangkan bagaimana aktiviti itu. Namun jangan menilai aksi pasangannya atau malah menyalahkan apabila anda tidak mendapat kepuasan.
3. Lebih berani
Jangan lagi ada rasa malu semasa hubungan intim dengan pasangan di tempat tidur, cubalah lebih berani. Mulakan dari hal-hal kecil, jika anda biasa melakukannya dengan lampu dimatikan, kini cubalah pula dalam bilik yang terang. Variasikan tempat untuk berhubungan badan, contohnya ruang keluarga (pastikan anak-anak sudah terlelap tidur) atau bahkan dapur. Tidak perlu keluar terlalu jauh dari zon selesa, tapi cubalah hal-hal baru yang boleh menambah ghairah dalam kehidupan seks anda.
sumber


0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pintar baca - Posts · Comments
Powered by Blogger