Kamis, 13 Februari 2014

Nafi rancangan guling kerajaan

23 Sep 2013

Bangkok: Kumpulan 40 senator yang menjadi pengkritik pentadbiran Yingluck Shinawatra semalam menafikan kewujudan sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana didakwa bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra.

Senator Somchai Swangkarn, anggota utama 40 senator itu menafikan tuduhan kerajaan akan digulingkan pada 8 Oktober. Namun, Somchai menyatakan jika kerajaan mempunyai majoriti ahli parlimen sekalipun tetapi boleh gagal jika ia tiada kesepakatan. Menurutnya, kenyataan Thaksin itu sekadar cakap kosong kerana kerajaan sendiri menguasai parlimen, tentera dan polis, selain Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal ehwal pentadbiran negara.

Somchai berkata, Thaksin hanya mengulang ramalan penilik nasib bernama Forngsanan Jamchanma. “Thaksin perlu melihat dirinya sendiri dan kembali ke Thailand bagi menghadapi hukuman,” katanya.
Seorang lagi ahli kumpulan 40 senator itu, Somjet Boonthanom berkata, komen Thaksin dalam akhbar Thai Rath mengenai pembentukan semula negara dari asas bagi mencapai perpaduan tidak akan berlaku selagi dia tidak menyedari dirinya yang menjadi punca perpecahan dalam politik di Thailand.

Somchai turut menyuarakan pandangan serupa sambil menambah Thaksin terlalu banyak menyalah guna kuasa ketika menjadi perdana menteri.

“Perpaduan tidak mungkin dicapai kecuali Thaksin meminta maaf dan meninggalkan politik demi kebaikan,” katanya. - Agensi

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. pintar baca - Posts · Comments
Powered by Blogger